{VIDEO} “Berlagak nak hisap rokok…” Budak lelaki menggelupur ‘tercucuh’ api pada mulut

Meskipun tahu akan kesannya merokok, namun masih ramai dari kalangan belia masih mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti itu.

Selain memberi kesan buruk kepada diri, secara tak langsung menjadi tauladan yang tidak baik kepada orang lain, terutamanya kanak-kanak yang mudah terpengaruh.

Misalnya sepertimana yang dilakukan oleh sekumpulan kanak-kanak ini.

Menerusi video yang dimuat naik, menyaksikan gelagat mereka teruja dapat cuba merokok.

Di sebalik keriangan mereka, berlaku pula kejadian lain apabila salah seorang dari mereka tercucuh api rokok pada mulut.

Itu kerana kesilapannya tersalah ‘hisap’ menyebabkan bibirnya terdapat kesan luka dek api pada rokok berkenaan.

Ramai meninggalkan emoji gelak melihat tindakan budak lelaki berkenaan.

Namun dalam waktu sama tak kurang juga yang luah kekesalan terhadap didikan ibu bapa di luar sana.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*