{VIDEO} Aktiviti bertukar tragedi, 3 sekawan cedera selepas memanggang di atas batu konkrit

AKTIVITI barbeku tiga sahabat bertukar tragedi selepas ketiga-tiga mereka melecur dan cedera di badan serta muka selepas memanggang di atas laluan yang diperbuat daripada batu konkrit.

Kejadian tersebut turut dirakam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah premis berhampiran lokasi kejadian.

Memetik laporan platform media China, weibo.com, kejadian itu berlaku di wilayah Yangjiang, Guangdong, China pada Sabtu lalu.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa sedang melakukan aktiviti tersebut di depan sebuah rumah sebelum berlaku letupan kecil.

Difahamkan, batu konkrit itu meletup ekoran daripada suhu yang terlalu panas.

Impak daripada letupan tersebut menyebabkan serpihan daripada batu itu turut melayang sekali gus mengenai mangsa badan dan kepala mangsa.

Namun, setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan ketiga-tiga mangsa.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*