{VIDEO} Akibat terkejut, pengunjung rumah hantu ‘ketuk’ kepala pekerja

Akibat terkejut, pengunjung rumah hantu ‘ketuk’ kepala pekerja.

Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan seorang pekerja rumah hantu dipukul oleh pengunjung wanita lantaran terkejut, lapor laman berita Suara.com.

Rakaman itu memaparkan seorang pekerja lelaki sedang menjaga pintu di Rumah Sandekala yang terletak di pusat beli-belah FX Sudirman, Jakarta.

Dia bersiap sedia membuka pintu tersebut bagi membolehkan pengunjung rumah hantu itu keluar.

Sejurus selepas pintu dibuka, tiga wanita yang panik kedengaran menjerit ketika keluar.

Bagaimanapun, seorang pengunjung wanita itu secara spontan memukul kepala penjaga pintu itu kerana terkejut. Ketiga-tiga wanita itu kemudian terjatuh di atas lantai.

“Ini yang saya takutkan jika kunjungi rumah hantu, risau refleks tendang atau pukul orang,” kata seorang netizen.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*