UMNO Pekan tetap calonkan Najib Razak, tiada rancang ‘kerusi’ diganti anak. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly mengesahkan nama Najib Razak antara lima calon dikemukakan bahagian itu untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
Beliau juga menolak jangkaan ramai pihak bahagian itu akan menamakan dua anak Najib iaitu Datuk Nizar Najib atau Noor Najwa bertanding di kerusi berkenaan.
“Tiada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding.
“Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan,”-Zamri Ramly.
Untuk makluman, Najib yang juga penyandang kerusi itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman ke atasnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd.
Turut baca :
- {VIDEO} “Berang petugas tak muncul…” Tindakan pemandu turun kereta rosakkan palang tol buat ramai berpuas hati
- Penantian peminat berakhir, Neelofa akhirnya dedah wajah Bilal
Leave a Reply