Penantian peminat berakhir, Neelofa akhirnya dedah wajah Bilal

Bekas pengacara MeleTOP itu berkongsi wajah putera sulungnya menerusi sebuah video berdurasi 1.42 minit di laman Instagram dan juga Tiktok pada Rabu.

Penantian peminat berakhir, Neelofa akhirnya dedah wajah Bilal. Selepas sembilan bulan ‘menyorokkan’ wajah anak kesayangannya, Muhammad Bilal, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa Mohd Noor akhirnya berkongsi wajah cahaya mata pertamanya itu.

Bekas pengacara MeleTOP itu berkongsi wajah putera sulungnya menerusi sebuah video berdurasi 1.42 minit di laman Instagram dan juga Tiktok pada Rabu.

Menerusi muat naik status, Neelofa menggambarkan Bilal antara kecintaan tertinggi dan teragung kepadanya.

Sebelum ini, netizen berteka-teki bagaimana rupa paras Bilal kerana Neelofa hanya berkongsi beberapa ‘sneak peek’ di laman sosialnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Neelofa selamat melahirkan Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 29 Januari lalu.

Dia dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.

Terdahulu, hari ini, Neelofa mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak yang berkongsi gambar wajah anaknya itu di media sosial tanpa kebenaran.

Katanya, tindakan seumpama itu dilihat tidak menghormati pendiriannya yang selama ini enggan berkongsi secara terbuka menerusi platform tersebut.

Turut baca :

Penantian peminat berakhir, Neelofa akhirnya dedah wajah Bilal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*