Tun Faisal dipecat dari UMNO

Timbalan ketua Umno Putrajaya, Tun Faisal Abd Aziz menyertai senarai anggota Umno yang dilucutkan dari parti.

Susulan dari perhimpunan agung Umno dalam bulan Januari, dua tokoh pertama yang dicantas parti keramat Melayu ialah mantan ahli parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan mantan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Perkara ini didedahkan oleh Tun Faisal yang merupakan pengkritik tegar presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman Facebooknya.

Beliau menyiarkan surat pelucutan daripada setiausaha agung Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Pelucutan beliau dibuat oleh majlis kerja tertinggi Umno kerana mengingkari parti dan tataetika ahli.

Tun Faisal turut menjelaskan bahawa dia menentang Ahmad Zahid yang disifatkannya sebagai punca perpecahan dalam Umno kerana Ahmad Zahid dikatakan menandatangani surat perisytiharan menyokong presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini berusaha menjadi perdana menteri meskipun Umno  mempunyai pegangan anti-Anwar.

Tun Faisal yang rapat dengan seorang lagi pemimpin yang turut dipecat sebelum perhimpunan agung Umno – Annuar Musa – turut menyatakan bahawa dia akan meneruskan perjuangannya menggunakan wadah yang lain.

Annuar kini mengetuai pertubuhan bukan kerajaan yang dinamakan Muafakat Nasional.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*