Tiga lelaki warga tempatan bergaduh dipremis hiburan ketika ‘lalok’ undang padah

Tiga lelaki warga tempatan bergaduh dipremis hiburan ketika ‘lalok’ undang padah. Polis menahan tiga lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah premis hiburan di Love Lane, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai insiden pergaduhan itu kira-kira pukul 3.05 pagi.

“Selepas menerima maklumat tersebut, polis dari Balai Polis Central telah ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku pergaduhan di situ.

”Polis kemudian menahan tiga lelaki warga tempatan di lokasi kejadian dan suspek bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan semasa tangkapan hendak dibuat.

“Kesemua suspek juga disyaki berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kejadian pergaduhan membabitkan suspek-suspek tersebut di premis hiburan berkenaan.

Menurut Soffian, suspek yang ditahan berusia 29 hingga 31 tahun dan semakan mendapati kesemua tangkapan tiada rekod jenayah lampau, namun salah seorang daripada mereka positif dadah.

“Mereka yang berasal dari Pulau Pinang dan Selangor direman tiga hari sehingga semalam dan telah diberi jaminan polis,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Katanya, kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan pertuduhan terhadap kesemua suspek.

Turut baca :

Tiga lelaki warga tempatan bergaduh dipremis hiburan ketika 'lalok' undang padah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*