“Tayar botak punca kemalangan…” Ini beberapa sebab kenapa ia berlaku.
Secara umumnya anda pasti sudah tahu akan risiko memandu kereta atau kenderaan yang memiliki tayar sudah botak. Ya, kita memang usudah sedia maklum bahawa tayar botak itu satu risiko yang cukup besar dan boleh sebabkan kemalangan.
Lebih parah apabila ia melibatkan kemalangan mengakibatkan kecederaan malah kematian. Bukan sahaja kepada kita tetapi pengguna jalan raya yang lain.
Namun masih banyak dilaporkan tentang kemalangan yang berlaku akibat perkara ini. Rata-ratanya sudah tahu akan kondisi kereta tetapi disebabkan sikap acuh tidak acuh, mengakibatkan kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Ikuti perkongsian untuk memberi kesedaran bersama akan bahaya risiko memandu kereta dengan tayar botak.
SALURAN AIR TAYAR TIADA
Disebabkn ia sudah botak maka secara tidak langsung bunganya juga tiada. Dan ‘bunga’ tersebut bukanlah perhiasaan semata. Ia berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan air keluar dari bawah tayar.
Apabila memandu dengan tayar botak maka kereta mudah untuk berhadapan kejadian dipanggil ‘aquaplanning’. Ia kondisi di mana kereta seakan terapung seketika apabila tiada saluran khusus untuk air keluar. Dan jika ini berlaku kereta akan hilang kawalan dan berpusing walaupun memandu di jalan lurus. Malah, anda juga boleh berdepan dengan keadaan ‘understeer’.
BERLAKU LETUPAN
Tayar botak juga menandakan ia sebenarnya semakin menipis. Terutamanya di bahagian luar tayar. Lapisan luaran itu tidak direka untuk bertahan lama apabila ia sudah haus. Jadi apabila anda memandu laju terutamanya di waktu jalan raya sangat panas, haba semakin meningkat. Lalu boleh menyebabkan ia meletup atau berlakunya blow out.
Bila meletup berkemungkinan besar anda akan hilang kawalan dan seterusnya mengakibatkan kemalangan. Jadi periksalah kondisinya dari semasa ke semasa untuk elakkan perkara ini berlaku.
CENGKAMAN YANG HILANG
Bunga tayar juga berfungsi untuk memberikan cengkaman di atas jalan raya. Jika sudah botak, anda mungkin berdepan situasi di mana perlu menekan brek jauh lebih awal daripada kebiasaan. Lebih menakutkan jika menekan brek secara mengejut kereta akan menggelungsur terus ke hadapan. Lalu melanggar bontot kereta di hadapan.
Inilah situasi yang seringkali kita lihat berlaku terutamanya apabila cuaca hujan. Usah bandingkan tayar anda dengan kereta Formula 1 yang luarannya keliharan begitu.
Tahukah anda tayar kereta F1 akan berfungsi dengan lebih baik apabila suhu semakin meningkat tinggi.
Jadi sama-samalah kita menjadi pemandu dan pemilik kereta yang lebih bertanggungjawab. Lakukan servis kereta sama ada dalam atau luaran secara berkala.
Turut baca
Leave a Reply