{VIDEO} “Nasib sempat elak…” Berang tak bagi laluan melintas, pejalan kaki ‘hayun’ plastik pada muka penunggang motosikal

“Nasib sempat elak…” Berang tak bagi laluan melintas, pejalan kaki ‘hayun’ plastik pada muka penunggang motosikal.

Sikap ketidakpekaan penunggang motosikal membawa padah selepas menjadi mangsa pukulan seorang pejalan kaki.

Dalam perkongsian Penang Kini, memaparkan detik kejadian bilamana penunggang motosikal terbabit dengan selambanya melanggar lampu isyarat sehingga tidak sedar ketika itu giliran pejalan kaki hendak melintas.

Disebabkan perkara itu, tidak semena-mena pejalan kaki yang kebetulan baru hendak melintas jalan, menghayunkan plastik di tangannya ke arah penunggang motosikal itu.

Walau bagaimanapun, sasaran sempat mengelak dan meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan kejadian yang menimpa.

"Nasib sempat elak..." Berang tak bagi laluan melintas, pejalan kaki 'hayun' plastik pada muka penunggang motosikal

Menurut sumber, kejadian berlaku di Pulau Pinang yang mana ia bukan sekali dua berlaku sedemikian.

Pun begitu, rata-rata penduduknya sudah lali dengan sikap pemilik kenderaan yang pentingkan diri sehingga mengabai keselamatan pengguna jalan raya lain.

Dalam waktu sama, pakcik berbaju kuning juga itu dihujani komen yang negatif dari netizen apabila rata-ratanya memuji tindakannya berbuat demikian yang tidak lain pastinya demi keselamatan orang lain juga.\

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*