Tular video lelaki bawa ‘senjata’ dipusat beli belah, pemilik akaun Tiktok ‘diburu’

Tular video lelaki bawa ‘senjata’ dipusat beli belah, pemilik akaun Tiktok ‘diburu.

Polis mengesan pemilik akaun TikTok dan individu yang membawa ‘senjata’ seperti dalam rakaman video yang tular bagi membantu siasatan.

Tular video lelaki bawa ‘senjata’ dipusat beli belah, pemilik akaun Tiktok 'diburu'
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis mengesyaki lelaki itu peserta festival animasi yang berlangsung di sebuah pusat di Petaling Jaya.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata rakaman berkenaan memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak baju menampakkan satu objek menyerupai senjata diselitkan di seluarnya.

“Berikutan itu, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video itu dan dipercayai kejadian berlaku dalam pusat beli belah di daerah ini yang mana terdapat penganjuran festival animasi selama empat hari.

“Lelaki dalam rakaman berkenaan disyaki salah seorang peserta yang turut menggayakan watak animasi semasa hadir ke festival itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Katanya, pihaknya kini sedang mengesan pemilik akaun media sosial terbabit dan individu dalam rakaman untuk membantu siasatan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*