“Tanpa sekelumit rasa malu…” Lelaki Singapura selamba buang air besar di pusat beli belah.
Seorang lelaki tanpa sekelumit rasa malu menanggalkan seluarnya sebelum mencangkung ketika membuang air besar di ruangan terbuka di Pusat Beli-Belah Vivocity di negara ini.
Lelaki itu ‘melepaskan hajatnya’ di dalam sebuah beg plastik berwarna oren.
Aksi lelaki itu membuang air besar berjaya dirakamkan oleh pengunjung yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Pengunjung itu berkata, aksi menjijikkan itu berlaku di luar sebuah restoran Jepun di tingkat dua pusat beli-belah berkenaan.
“Selepas selesai, dia meninggalkan najisnya di dalam beg plastik di atas lantai begitu sahaja.
“Lelaki itu kemudian berlalu pergi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.
Turut baca
{VIDEO} ‘Kurangkan sikit makan telur’, nasihat panas Pengarah KPDNHEP buat warganet ‘naik angin’
Leave a Reply