Kerana ada menteri ‘cap ayam’, PM terpaksa pikul beban – Nur Jazlan

Kerana ada menteri ‘cap ayam’, PM terpaksa pikul beban – Nur Jazlan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menempelak prestasi ditunjukkan Menteri Kabinet daripada Pas yang didakwa gagal memikul tanggungjawab dengan baik.

Kerana ada menteri 'cap ayam', PM terpaksa pikul beban - Nur Jazlan
Datuk Nur Jazlan Mohamed

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pulai memberitahu, kelemahan kepimpinan parti berkenaan turut menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat perlu menanggung pelbagai masalah negara.

Katanya, menteri-menteri daripada Pas lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat yang ada, namun tidak kompeten dalam melakukan kerja.

“Realitinya Perdana Menteri memang terpaksa pikul segala masalah dan isu negara kerana barisan menteri yang ada dalam kerajaan hari ini memang tak boleh harap. Apatah lagi menteri dan timbalan menteri yang dilantik daripada kalangan pemimpin Pas. Semuanya jenis menteri cap ayam.

Turut baca

“Menteri yang langsung tak ada kebolehan memimpin dan menguruskan kementerian masing-masing, tetapi, berlagak mengalahkan menteri Eropah.

“Menteri-menteri daripada Pas ini hanya seronok dapat bergaya dengan pakaian mahal, naik kereta mewah, duduk di Putrajaya, makan gaji dan dapat layanan VVIP. Tetapi, apabila buat kerja, semuanya tak reti dan gagal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Nur Jazlan turut menyenaraikan beberapa contoh menteri Kabinet daripada Pas yang dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab seperti yang diamanahkan kepada mereka, termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Abdul Hadi dilantik jadi Duta Khas Asia Barat tetapi ‘pejabat’ dia di negeri Pantai Timur. Pelik sungguh, bagaimana dia uruskan kerja-kerja sebagai duta. Semua duta lain buat kerja dan duduk di pejabat di negara-negara mereka ditugaskan, tetapi duta khas yang seorang ini boleh pula duduk di Marang.

“Begitulah kualiti dan kredibiliti para menteri-menteri cap ayam daripada Pas sehingga menjadi beban batu besar kepada Perdana Menteri. Mereka yang tak reti buat kerja, mereka yang tak cekap dan mereka yang buat silap tapi akhirnya kerajaan serta Perdana Menteri yang kena tanggung,” ujarnya.

Sehubungan itu, Nur Jazlan memberitahu menteri-menteri Pas terbabit lebih jahil berpolitik, tetapi sebaliknya mereka pandai memanipulasi untuk nampak mereka cerdik dan berwibawa.

“Sebab itulah saya sejak dulu lagi tak pernah percayakan pemimpin Pas ini. Mereka hanya tahu menangguk di air keruh dan sanggup mempergunakan sesiapa sahaja untuk kepentingan diri serta politik mereka,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*