Tanah runtuh : 4 lagi mayat ditemui

Mayat empat lagi mangsa tanah runtuh ditemui di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Dalam catatan ringkas di Facebook, Nadma berkata, keempat- empat mayat itu ditemui pagi ini sekaligus menjadikan korban tanah runtuh meningkat kepada 30 orang.

Operasi mencari dan menyelamat di lokasi tragedi tanah runtuh memasuki hari ketujuh hari ini. Operasi itu disambung semula pagi ini selepas ditangguhkan pada 10 malam semalam.

Seramai 94 orang terjejas akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan tersebut awal Jumaat lalu. Daripada jumlah itu, 61 berjaya diselamatkan.

Pasukan penyelamat meneruskan misi mencari tiga lagi mangsa masih belum ditemui setakat ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*