Tak setuju istilah ‘Kerajaan Perpaduan’, pembangkang diminta rujuk Pagoh dan Marang

Pembangkang pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat tidak puas hati benar dengan istilah Kerajaan Perpaduan.

Sehubungan itu, Rafizi Ramli (PH-Pandan) ketika membahaskan usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri sebentar tadi menempelak sikap Perikatan Nasional (PN).

“Daripada awal saya lihat semua perbahasan yang ditimbulkan sebelah sana (pembangkang) ialah soal istilah yang tidak bersetuju dengan istilah Kerajaan Perpaduan.

“Soal istilah patut dirujuk pada Pagoh dan Marang sebab mereka yang dipanggil dan ditawarkan Kerajaan Perpaduan,” katanya merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Bulan lalu, Muhyiddin selaku Pengerusi PN tidak bersetuju terhadap cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan daripada Yang di-Pertuan Agong di antara PN dan PH.

Tegasnya, walau atas tujuan apa sekali pun, pihaknya dan PN tetap tidak akan bersetuju terhadap cadangan menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama PH.

Menempelak lanjut sikap PN, Rafizi sekali lagi mengingatkan bahawa rasa marah pembangkang itu perlu disalurkan kepada Muhyiddin dan Abdul Hadi.

“Buat masa sekarang, jangan marah atas istilah Kerajaan Perpaduan di atas kegagalan Pagoh dan Marang,” kata Rafizi lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*