Susulan penahanan ustaz liwat tiga pelajar tahfiz di Machang, polis yakin lebih ramai jadi mangsa

Polis yakin ramai lagi pelajar pusat tahfiz menjadi mangsa susulan penahanan seorang ustaz dipercayai meliwat tiga pelajar di Machang, sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata setakat ini, enam laporan terhadap suspek sama telah diterima, termasuk tiga laporan melibatkan pelajar tahfiz di Bachok yang berusia 12 hingga 13 tahun.

Katanya, beliau yakin ramai lagi mangsa yang merupakan pelajar pusat tahfiz enggan tampil kerana masih bersikap ragu-ragu.

“Suspek masih direman sehingga 29 April ini dan banyak lagi perkara yang kita ingin lihat. Sebelum ini, tiga laporan dibuat pelajar di Bachok yang merupakan tempat suspek bertugas sebelum ini.

“Mungkin ramai lagi mangsa kerana di Machang sahaja kita dapati penuntut dan pelajarnya ada 15 orang. Jadi, mangsa yang lain mungkin masih ragu-ragu. Kita masih tunggu dan kita akan panggil ibu bapa terlibat,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Zaki turut memaklumkan, pusat tahfiz berkenaan juga beroperasi tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) selain tidak dipantau oleh pihak berkuasa tempatan tempatan (PBT).

Katanya, pusat tahfiz itu beroperasi di bangunan terbiar di atas tanah milik kerajaan.

“Kita perlu melihat kes-kes seperti ini di daerah lain juga. Saya telah mengarahkan ketua polis daerah dan ketua balai polis untuk melihat ke kawasan lain jika wujud kes sedemikian.

“Kita mahu institusi sekolah agama ini betul-betul memberikan satu pengajian dan boleh menjaga kebajikan anak-anak,” katanya.

Pada 26 April, Ketua Polis Machang Ahmad Shafiki Hussin, berkata suspek berusia 39 tahun itu ditangkap selepas pihaknya menerima laporan daripada tiga mangsa berusia 12 hingga 13 tahun, pada 15 April.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*