“Tak masuk akal…” Gara-gara berseluar pendek, wanita dakwa tak dibenar masuk balai

Seorang wanita yang mahu membuat laporan polis susulan kemalangan kereta mendakwa dilarang masuk ke balai polis disebabkan pemakaiannya..

Karen (bukan nama sebenar) memberitahu FMT, seorang anggota di Balai Polis Kajang tidak membenarkannya masuk kerana “mengenakan seluar pendek”.

“Pegawai itu lihat saya memakai seluar pendek (melalui tingkap kereta) dan minta saya beredar. Saya memakai seluar Bermuda yang menutup lutut saya,” katanya.

Wanita itu mendakwa anggota berkenaan berkeras dan enggan mendengar alasannya memandangkan beliau terpaksa melakukan perjalanan jauh untuk menukar pakaian.

“Ini mengarut. Bagaimana mereka boleh nafikan hak saya untuk membuat laporan melainkan saya menukar pakaian?

“(Anggota berkenaan) memberitahu saya dia tidak kisah, malah menteri sekalipun tidak dibenarkan masuk (jika berpakaian seperti itu).”

Karen terbabit kemalangan dengan sebuah trak berdekatan kediamannya, di Batu Sembilan, Cheras, pagi semalam.

Beliau dan pemandu trak berkenaan pergi ke Balai Polis Batu Sembilan untuk membuat laporan, sebaliknya diberitahu perlu membuat laporan di Balai Polis Kajang.

Wanita itu berkata, anggota di balai polis pertama tidak pula menghalangnya masuk kerana mengenakan seluar pendek, lalu mempersoalkan mengapa beliau dilarang masuk di Balai Polis Kajang.

“Jika benar ada peraturan seperti itu (seluar pendek dilarang), sepatutnya sudah ada yang memaklumkan kepada saya di balai polis pertama. Ini tidak masuk akal.”

Menyedari tiada cara lain, Karen menghubungi saudaranya untuk membawa sepasang seluar panjang dan akhirnya dibenarkan masuk

“Saya bertanyakan nombor lencana dan namanya untuk memfailkan aduan, tapi anggota itu enggan memberikannya kepada saya,” katanya.

Katanya, beliau cuba menghubungi ADUN Kajang Hee Loy Sian untuk membincangkan perkara itu untuk memastikan kejadian sedemikian tidak terjadi kepada orang lain.

Hee ketika dihubungi FMT berkata, beliau akan memeriksa terlebih dahulu berhubung kejadian tersebut dengan IPD Kajang.

Turut baca : Isu pembatalan projek HSR, Muhyiddin, Dr M diheret ke mahkamah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*