Kejam! Masjid Pakistan dibom, lebih 60 maut termasuk anggota polis

Lebih 60 orang, kebanyakan mereka anggota polis, terbunuh dalam letupan di masjid yang terletak di sebuah ibu pejabat polis Pakistan kelmarin, dalam serangan yang mendorong kerajaan meletakkan negara dalam situasi waspada.

Serangan berlaku semasa solat zohor di ibu negeri wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Peshawar dekat sempadan Afghanistan di mana aktiviti militan makin meningkat.

Misi menyelamat berlangsung sepanjang malam di masjid berkenaan yang menyaksikan seluruh dinding dan sebahagian bumbungnya musnah dalam letupan berkemungkinan berpunca daripada serangan bunuh diri.

“Ramai anggota polis tertimbus di bawah runtuhan. Usaha sedang dilakukan untuk membawa mereka keluar dengan selamat,” kata ketua polis Peshawar, Muhammad Ijaz Khan yang menganggarkan antara 300 hingga 400 anggota biasanya solat berjemaah di masjid itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*