Tak cukup libas guna pisau, penyamun paksa 2 wanita transfer duit guna e-wallet

DUA wanita mengharungi detik getir apabila dirompak seorang lelaki berhelmet kuning dalam kejadian berhampiran Milan Square, Kuching, Sarawak pada Ahad lepas.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular sejak Rabu menunjukkan, pada awalnya, dua orang wanita itu sedang menunggu pakaiannya siap dibasuh di sebuah kedai dobi.

Secara tiba-tiba, seorang lelaki menyerbu masuk dengan membawa sebilah pisau pemotong daging dan cuba menyerang wanita berkenaan dengan senjata itu beberapa kali.

Suspek kemudian merampas telefon kedua-dua mangsa dan dipercayai memaksa mereka untuk memindahkan duit menggunakan sistem e-wallet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna geram akan tindakan tidak bermoral itu.

“Banyak perompak sekarang, hati-hati kita semua, kalau kedai dobi lengang tak payah cuci sana atau di jalan- jalan yang sunyi. Kita harus berwaspada, penjahat ada di merata tempat walau apa pun semoga kita semua di jauh dari penjahat,” tulis Ruby Sarah.

“Gila orang macam ni tak bekerja malas. Nak menyamun sahaja kerjanya,” tulis Zaidah Roslan.

“Orang perempuan kalau nak pergi dobi bawalah senjata, asyik jadi mangsa ragut. Geram hati aku,” tulis Rossz Dieya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*