Suami simbah petrol, bakar isteri selepas bertengkar

Suami simbah petrol, bakar isteri selepas bertengkar.

Polis memburu seorang lelaki yang disyaki menyimbah petrol sebelum membakar isterinya selepas bertengkar di rumah mereka di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.

Suami simbah petrol, bakar isteri selepas bertengkar
Usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Seberang Perai Utara Mohd Asri Shafie.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Mohd Asri Shafie, berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam tu mangsa yang berusia 35 tahun cedera parah akibat melecur 27% pada bahagian badan.

Katanya, polis menerima panggilan daripada jiran mangsa pada 10.45 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapat anak lelaki mangsa yang berusia 13 tahun mendengar pasangan itu bergaduh di dalam rumah.

“Remaja itu kemudian melihat ibunya berada di bahagian belakang luar rumah dalam keadaan badan terbakar manakala suspek cuba padamkan api itu menggunakan kain,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, suspek yang berusia 36 tahun itu bagaimanapun melarikan diri apabila melihat api pada badan isterinya semakin merebak.

Menurutnya, api pada badan mangsa berjaya dipadamkan anaknya menggunakan air sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk pernah mencederakan mangsa.

“Usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*