Suami curah asid pada wajah isteri kerana enggan bercerai diberkas ketika tidur di masjid

SEORANG lelaki dari Prabumulih, Sumatera Selatan tergamak mencederakan isterinya dengan mencurah asid pada wajah wanita tersebut gara-gara masalah rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Prabumulih, AKBP Endro Aribowo berkata, dalam kejadian pada Rabu lalu, mangsa yang berusia 45 tahun dicederakan kerana enggan bercerai.

Suspek yang cuba melarikan diri selepas melakukan perbuatan tersebut berjaya diberkas ketika tidur di sebuah masjid.

Mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan pada muka, kepala dan bahagian anggota badan yang lain.

Suspek didakwa di bawah akta keganasan rumah tangga yang jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*