“Sorry! Kekyah bukan jenis berkira pasal makan…” Kecoh peniaga di Pulau Pangkor jual siakap harga ‘pergi haji balik hari’

Lagi kes ikan siakap mahal! Kali ini kejadian berlaku di sebuah restoran makanan laut di Pulau Pangkor Perak.

Menerusi video viral di TikTok, pelanggan mengadu harga ikan siakap bagi 600g/700g mencecah RM75 seekor.

Kata pelanggan, harga ikan siakap bakar itu lebih mahal berbanding menu yang sama di pusat bandar KLCC Kuala Lumpur.

“Sorry Kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth. Sama harga macam makan ikan kat Swiss harga dia. Makan kat Singapore pun tak semahal makan kat sini walaupon kena darab 3.5”

Dahlah mahal, persekitaran kedai pun katanya biasa-biasa je dan layanan daripada pihak kedai tidak memuaskan.

Bertindak atas aduan itu, penguatkuasa KPDN Perak membuat satu siasatan dengan cara menyamar sebagai pelanggan.

KPDN menyamar sebagai pembeli, tanda harga tak diletakkan

Mereka mencuba menu yang sama dipesan pelanggan di 4 buat kedai sekitar itu dan mendapati restoran yang diviralkan lebih mahal.

Korang tengoklah sendiri video di bawah ni:

KPDN Perak mengambil tindakan mengikut Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.

Siasatan juga mendapati premis tidak meletakkan tanda harga ke atas makanan hasil laut yang belum dimasak.

Premis juga tak menimbang hasil laut untuk urusan jual beli. Harga yang diletakkan berdasarkan saiz besar atau kecil.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*