Demi bola sepak negara, TMJ berbesar hati sumbang RM300,000 kepada setiap kelab untuk naik taraf padang

Demi bola sepak negara, TMJ berbesar hati sumbang RM300,000 kepada setiap kelab untuk naik taraf padang.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sekali lagi menunjukkan komitmen dan sokongan tegar terhadap pembangunan bola sepak negara.

Terbaru, TMJ berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM300,000 untuk penyelenggaran Padang kepada setiap kelab yang menerima geran RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Ini termasuklah pembinaan padang serta sistem perparitan baharu yang lebih sistematik dan berkualiti.

Selain mengutamakan pembangunan bakat akar umbi, TMJ juga sering menegaskan mengenai kepentingan pembangunan infrastruktur yang lebih baik.

Jadi sumbangan ini merupakan satu langkah proaktif untuk memastikan setiap kelab dapat meningkatkan kualiti infrastruktur masing-masing dan sehingga menepati piawaian antrabangsa.

Mana tahu sumbangan ini juga mampu menjadi pencetus kepada kemajuan dan perkembangan sukan di dalam negara.

Saya percaya sumbangan ini juga secara tidak langsung akan memberikan impak positif terhadap prestasi kelab-kelab tempatan dalam kancah bola sepak Malaysia.

Mungkin juga mampu menyajikan persaingan dan perlawanan yang cukup meriah serta sengit pada musim akan datang.

Oleh itu, sumbangan ini perlu digunakan sebaik-baiknya untuk menaik taraf padang kelab masing-masing.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*