“Bapa sempat dengar jeritan…” Ibu tikam leher sendiri selepas bunuh anak 8 tahun sedang tidur

“Bapa sempat dengar jeritan…” Ibu tikam leher sendiri selepas bunuh anak 8 tahun sedang tidur.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mati dibunuh ibu kandung ketika sedang nyenyak tidur.

Mangsa dibunuh ibu kandungnya berusia 43 tahun di rumah mereka di Musi Rawas, Sumatera Selatan di Indonesia, pada Khamis malam.

Kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada ibu kandung mangsa mengalami gangguan mental.

Ketika kejadian, mangsa yang sedang tidur di dalam bilik menjerit kesakitan.

Bapa mangsa berusia 53 tahun mendengar jeritan itu sebelum segera masuk ke bilik dan terkejut mendapati anaknya berdarah di bahagian perut.

Isterinya pula ketika itu dilihat sedang memegang senjata tajam.

Bapa mangsa kemudian meminta anaknya yang lain membawa mangsa ke hospital.

Sementara itu, dia cuba menahan isterinya yang cuba membunuh diri dengan menikam lehernya menggunakan senjata tajam.

Dengan bantuan penduduk, ibu mangsa diikat menggunakan sebelum dibawa ke Balai Polis Musi Rawas.

“Mangsa yang dibawa ke hospital disahkan meninggal dunia, akibat kecederaan dan kehilangan banyak darah,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Musi Rawas, AKP Herman Junaidi, pada Jumaat.

Beliau berkata, keluarga mangsa memaklumkan bahawa pelaku pernah dirawat kerana mengalami gangguan mental.

“Tetapi kita akan pastikan lagi dengan menjalankan pemeriksaan psikologi,” jelas Herman.

Dilaporkan, mangsa tinggal bersama ibu bapanya dan seorang kakak.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*