Siti Nurhaliza jadi mangsa berita palsu

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegur sebuah portal hiburan yang menyiarkan kenyataan palsu bertajuk “Siti Nurhaliza tak sangka rumah terbuka jadi majlis politik’ semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, penghibur terkenal itu meminta supaya berita palsu itu tidak dipanjangkan kerana beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut.

“Siapalah yang pandai-pandai edit fake news ini, gunakan nama Facebook saya (yang verified) dan forward merata-rata dan yakinkan orang ini (adalah) posting sebenar. Ini fake.

“Cukuplah semua perkara nak dibuat macam ini. Saya ini penyanyi, hiburkan semua orang. Bulan Syawal ini, bulan jalinkan silaturrahim bukan buat sebarkan berita palsu,” katanya.

Kenyataan Siti Nurhaliza itu dipercayai merujuk kepada kehadirannya membuat persembahan di Himpunan Madani di Alor Setar malam kelmarin.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam hantaran di laman Facebook turut berkongsi isu tersebut.

“Berita palsu ini tersebar sejak semalam dan telah menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti, malah ada yang percaya dan ada juga yang jadikannya bahan politik.

“Rakan-rakan media diingatkan agar sentiasa mengesahkan info dan sumber sebelum menerbitkan berita agar tidak timbul isu seperti ini. Tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran,” kata Fahmi.

Turut baca : Menyamakan Pulau Pinang dengan Kelantan bukti PEMUDA PAS ‘buta fakta’

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*