“Siapa beli mesti kena gelak” – Design baju butik mewah sama dengan mamak Pelita jadi bahan lawak

Siapa saja yang tak kenal Restoran Mamak Pelita di Kuala Lumpur,

Restoran mamak yang besar dan menghidangkan pelbagai jenis menu makanan mulai pagi ke malam. Pekerja mereka juga dilihat mempunyai uniform yang menarik dan kemas.

Lihat gambar itu di bawah:

Ramai terkejut apabila ada butik mewah yang jual baju seakan-akan sama baju uniform mereka

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu sedang merakam baju di butik mewah yang dikenali sebagai VERSACE.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila baju itu dilihat sama dengan uniform yang dipakai oleh pekerja di mamak Pelita. Ramai yang terhibur dan membuat bahan lawak.

Lihat video sambungan itu di bawah:

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 384K tontonan, 26K tanda suka dan 778 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat baju itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*