Penduduk Tumpat digemparkan penemuan cebisan badan lelaki digilis kereta api

PENDUDUK Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan digemparkan dengan penemuan cebisan badan manusia dipercayai mangsa gilis kereta api di Stesen Keretapi Palekbang.

Maklumat kejadian ngeri itu tersebar di Group WhatsApp Official State of Kelantan pada Isnin dengan perkongsian foto-foto dan video kejadian terbabit.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan penduduk, kelihatan cebisan badan dan organ mangsa yang hancur bersepai di atas landasan kereta api, ada juga sebahagian yang tercampak ke dalam semak.

Turut kelihatan pihak polis berada di lokasi kejadian.

Buat masa ini, identiti mangsa dan punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa dikatakan tidur di atas landasan sebelum dirempuh tren Ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, kampung berkenaan belum pernah berdepan dengan kejadian ngeri seperti itu sebaliknya hanya kemalangan biasa sahaja membabitkan penduduk kampung dengan kereta api.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*