Polis dan peguam negara digesa mengambil tindakan segera bagi mengekang jenayah berita palsu terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pengarah Strategi Amanah, Dzulkefly Ahmad, berkata jenayah dalam talian yang sedang berlaku ini bertujuan mencetuskan kebencian dan ketegangan.
“Jenayah ‘online’ serangan dahsyat seharian bertujuan mencetuskan kebencian dan ketegangan kaum, agama dan terhadap PM ke-10 dan PH semakin menjadi.
“Kita menyaksikan jenayah dalam talian setiap hari dilakukan oleh pihak yang kalah dalam PRU15. Pihak polis dan peguam negara perlu ambil tindakan segera,” katanya di Twitter.
Ahli Parlimen Kuala Selangor membuat ciapan itu sebagai maklum balas kepada poster yang tular menerusi WhatsApp berkaitan pemberian bantuan kepada rakyat.
Terdahulu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil mengesahkan beberapa poster yang tular itu adalah palsu.
Berita palsu yang dipaparkan adalah pemberian bantuan sara hidup (BSH) diteruskan, bantuan khas RM700 dikreditkan sebelum akhir tahun, program bantuan makanan MyKasih RM100 selama tiga bulan dan meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khas secara bersasar.
Leave a Reply