Cadangan lupus kenderaan berusia 10 tahun ‘tidak masuk akal’

Cadangan lupus kenderaan berusia 10 tahun ‘tidak masuk akal’.

Cadangan untuk melupuskan kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun bagi menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.

Cadangan lupus kenderaan berusia 10 tahun 'tidak masuk akal'
GAMBAR HIASAN

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, cadangan tersebut perlu diteliti secara holistik dan membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dengan mengambil kira pelbagai aspek.

“Pandangan dan idea dari pelbagai pihak termasuk pakar sentiasa didengari kerajaan. Namun langkah untuk melupuskan kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.

 

“Jaringan pengangkutan sempurna diperlukan di seluruh negara termasuk di kampung-kampung, namun ketika ini pun jaringan lengkap projek Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang masih belum siap dibina,” katanya selepas pelepasan perkhidmatan tren Shuttle Tebrau di JB Sentral, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, setakat ini terdapat lebih 34 juta kenderaan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) namun hanya 22 juta sahaja yang aktif membayar cukai jalan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*