Selamba tukar lampin anak atas meja makan, wanita ‘koyak’ dikecam netizen

Selamba tukar lampin anak atas meja makan, wanita ‘koyak’ dikecam netizen.

Tidak dinafikan, peranan seorang ibu sangat mencabar, lebih-lebih bagi yang bekerjaya bilamana terpaksa membahagi waktunya untuk kerja dan juga hal rumah tangga.

Lebih bermain emosi bagi yang mempunyai bilangan anak ramai, tidak dapat dibayangkan lelahnya kaum ibu mendepani situasi itu.

Namun begitu, berbeza pula dengan situasi yang dikongsikan oleh gadis ini sewaktu sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita dengan selambanya menukar lampin bayinya di atas meja makan.

Nak kata berkejar waktu, anak sulungnya tenang menikmati hidangan bersama bapanya, tambahan pula kanak-kanak itu juga tidak bertantrum inginkan perhatian.

Selamba tukar lampin anak atas meja makan, wanita 'koyak' dikecam netizen
Selamba tukar lampin anak atas meja makan, wanita ‘koyak’ dikecam netizen

Tindakan semborono wanita itu kemudiannya menerima kritikan hebat, terutamanya dari kaum ibu yang tidak berkenan dengan kelakuannya berbuat demikian.

Menurut mereka, terdesak macam mana pun situasi, jangan sampai melakukan perkara menjijikkan seperti itu yang sebenarnya boleh mengundang rasa kurang selesa pengunjung lain.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*