Gara-gara tak layan pelanggan nak tisu, lelaki terajang wanita di kaunter bayaran

Gara-gara tak layan pelanggan nak tisu, lelaki terajang wanita di kaunter bayaran.

Baru-baru ini, tular akan sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki telah menerajang seorang wanita dipercayai pelayan restoran menjadi tular di media sosial.

Gara-gara tak layan pelanggan nak tisu, lelaki terajang wanita di kaunter bayaran
Gara-gara tak layan pelanggan nak tisu, lelaki terajang wanita di kaunter bayaran

Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak di luar kawalan selepas dia enggan memberikan tisu kepada pelanggan berkenaan di dalam kejadian dia Jalan Ismail, Mersing.

Menurut wanita berkenaan, ketika itu dia berada di kaunter minuman, sebelum diterajang sebanyak dua kali pada bahagian lutut kanan oleh pelanggan itu.

Gara-gara tak layan pelanggan nak tisu, lelaki terajang wanita di kaunter bayaran
Gara-gara tak layan pelanggan nak tisu, lelaki terajang wanita di kaunter bayaran

Menerusi laporan polis yang dibuat, pelanggan itu pernah beberapa kali mengunjungi restoran tersebut.

“Lelaki tersebut tidak berpuas hati kerana saya tidak melayannya kerana inginkan tisu. Sebelum ini lelaki itu pernah bertanya dan meminta nombor telefon tetapi saya tidak layan,” kata mangsa.

Mangsa turut memaklumkan bahawa dirinya pernah diugut akan diterajang sekiranya lelaki berkenaan menemuinya di tempat awam.

Tambahnya, pelanggan tersebut turut mengatakan pihak polis turut takut untuk menangkapnya sekiranya laporan polis dibuat.

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan polis berhubung isu ini.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*