Sambutan Halloween di Itaewon bertukar tragedi, 149 maut akibat rempuhan

Sambutan Halloween di Itaewon bertukar tragedi, 149 maut akibat rempuhan. Disebabkan kawasan menjadi sesak kerana ribuan pengunjung dalam satu masa untuk menyambut Halloween di Itaewon, Korea Selatan, bertukar detik mencemaskan selepas seramai 149 orang mangsa disahkan meninggal dunia dan lebih 78 mangsa dilaporkan mengalami serangan jantung dan sesak nafas.

Bukan itu saja, beberapa gambar serta video kejadian tersebut turut hangat dikongsikan di media sosial sejak malam tadi.

Malah, mangsa-mangsa yang mengalami serangan jantung secara mengejut turut diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh pengunjung lain sementara menunggu ketibaan pihak hospital.

Menurut salah seorang pengunjung yang turut berada di tempat kejadian, dia memaklumkan bahawa seramai lebih 400 anggota keselamatan ditugaskan untuk membantu mangsa serta bagi meredakan keadaan agar jumlah pesakit tidak bertambah.

Difahamkan punca kejadian adalah kerana rempuhan yang berlaku dari kesesakan kawasan kerana dipenuhi pengunjung menyebabkan ianya sempit dan orang ramai sukar untuk bernafas.

Mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan akibat rempuhan berkenaan turut dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera dan pihak polis menidakkan khabar angin tercetusnya kejadian itu adalah kesan dari pengaruh dadah.

Turut baca:

Sambutan Halloween di Itaewon bertukar tragedi, 149 maut akibat rempuhan

Sambutan Halloween di Itaewon bertukar tragedi, 149 maut akibat rempuhan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*