Salahuddin : Tak jadi kesalahan ahli undi parti lain dalam gabungan

Salahuddin : Tak jadi kesalahan ahli undi parti lain dalam gabungan. Tiada masalah ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengundi calon bukan daripada parti sendiri pada PRN enam negeri akan datang, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Ahli Parlimen Pulai itu percaya ahli parti PH dan BN, akan patuh serta memberikan sokongan dan undi kepada calon ditetapkan.

“Kita harap undi daripada PH akan dapat diterjemah dalam bentuk sokongan daripada BN dan begitu juga sebaliknya.

“Transformasi ini penting, jadi saya harap dengan kesepakatan itu calon ditampilkan dapat sokongan sama ada PH atau BN,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Maslan semalam yang dilaporkan berkata, pengundi partinya perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon itu daripada parti mana termasuk DAP.

Salahuddin berkata, berdasarkan pengalamannya, berada dalam gabungan parti politik, kebiasaannya ahli parti akan patuh dan undi calon dipersetujui pemimpin mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*