Salahuddin : KPDN bincang bangunkan ekonomi sempadan

Jawatankuasa antara KPDN dan kerajaan negeri akan diwujudkan dalam usaha membangunkan secara besar-besaran prospek, peluang ekonomi di negeri itu, kata Salahuddin Ayub.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang mengadakan mesyuarat khas bersama kerajaan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan potensi ekonomi negeri itu memandangkan lokasinya berdekatan Singapura.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, menerusi mesyuarat itu, satu jawatankuasa antara KPDN dan kerajaan negeri akan diwujudkan dalam usaha membangunkan secara besar-besaran prospek dan peluang ekonomi di negeri itu.

“Saya akan menghubungi Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi dalam tempoh segera agar mesyuarat khas dapat dimulakan supaya kita dapat mengenal pasti peluang dan lokasi strategik untuk ekonomi sempadan ini.

“Misalnya sektor perkhidmatan yang boleh dibangunkan secara komersial, iaitu industri pembersihan dan basuh kereta, dapat pulangan begitu lumayan.

“Jadi kenapa tidak diterokai bidang yang lain juga, supaya kami dapat bincang untuk merancakkan ekonomi tempatan khususnya di kawasan sempadan Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan daging korban kepada masyarakat Parlimen Pulai pada Majlis Ibadah Korban di Bandar Baru Uda.

Selepas Johor, KPDN juga akan mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua sempadan negeri itu turut memiliki potensi ekonomi komersial yang besar, kata Salahuddin.

“Selepas Johor, Sabah dan Sarawak pula kerana sempadan sana memang berpotensi besar, disebabkan ibu negara Indonesia iaitu Nusantara akan beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*