Rumah, kereta penjawat awam ditembak di Kok Lanas

Rumah dan kenderaan milik seorang penjawat awam di Kampung Guntong, Kok Lanas di sini dipercayai ditembak pada Jumaat.

Kejadian jam 11.59 malam itu berlaku di sebuah rumah lot banglo yang didiami oleh seorang lelaki bersama ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihak polis telah menerima panggilan berkenaan satu kejadian melepaskan tembakan di kawasan kejiranan banglo satu tingkat yang berpenghuni.

“Siasatan awal di tempat kejadian telah menemui beberapa kesan tembakan pada rumah tersebut dan juga pada kenderaan penghuni.

“Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960 yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, polis memandang serius kejadian terbabit dan sedang giat menjalankan operasi dalam usaha mengesan serta menangkap suspek.

Mohd Rosdi memberitahu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi di talian 019-2454224, 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*