Rogol, bunuh nenek: Penganggur dihukum gantung sampai mati

K. SATIARAJ dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh seorang nenek berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwat wanita tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Rogol, bunuh nenek: Penganggur dihukum gantung sampai mati.  Seorang penganggur menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh wanita berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwatnya, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas tertuduh, K. Satiaraj, 30.

Beliau dalam penghakimannya berkata, tertuduh didapati mempunyai niat untuk mencederakan rongga pernafasan mangsa yang merupakan seorang warga emas sehingga mengakibatkan kematian.

“Tertuduh secara sedar mengetahui perbuatan dilakukannya iaitu menyumbat mulut si mati dengan kain dan mengikat kedua-dua tangan.

“Ia mengakibatkan rongga pernafasan yang juga organ penting tubuh si mati tersumbat lalu menyebabkan kematian itu,” katanya.

Ujarnya, keterangan pembelaan bahawa Satiaraj tidak berniat membunuh kerana dalam keadaan mabuk turut didapati sebagai penafian semata-mata.

“Tertuduh dalam keadaan normal mengaku memasuki rumah si mati dan mengetahui apa yang dilakukannya. Selain itu, dia sempat menyelongkar almari dan melarikan rantai emas si mati,” jelasnya.

Justeru, Ab. Karim menegaskan, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan tiada hukuman lain selain gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Satiaraj didakwa melakukan bunuh dengan mengakibatkan kematian terhadap warga emas itu di sebuah rumah di Kampung Tasik Tambahan, Ampang antara pukul 11.40 pagi hingga 1 petang, 19 September 2019.

Kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Salidin Mohd. Yasin.

Sebelum ini, seorang warga emas dilaporkan ditemukan mati dengan kedua tangannya diikat dekat sebuah unit rumah di pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap di rumah berkenaan oleh anak keduanya yang baru pulang dari bekerja.

Rogol, bunuh nenek: Penganggur dihukum gantung sampai mati

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*