{VIDEO} Isteri mengamuk pukul suami, penyanyi dangdut berjoget atas pentas

TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita memukul suami dan penyanyi di atas pentas.

Isteri mengamuk pukul suami, penyanyi dangdut berjoget atas pentas.  Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita memukul suaminya dan seorang penyanyi dangdut yang sedang berjoget di atas pentas, lapor laman berita Suara.com.

Rakaman memaparkan suasana majlis yang diadakan di sebuah kampung dengan penyanyi dangdut itu dipanggil untuk memeriahkan suasana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terang Media (@terangmedia)

Penyanyi itu kelihatan menyanyi sambil diiringi dua lelaki di atas pentas.

Ramai penduduk kampung menyaksikan persembahan itu termasuk sebilangan kanak-kanak yang duduk di barisan hadapan.

Kelihatan seorang wanita yang marah naik ke pentas lalu memukul suaminya. Nyanyian itu terpaksa dihentikan kerana kekecohan yang timbul.

Si isteri sempat memukul penyanyi tersebut sebelum turun dan meninggalkan majlis itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Seharusnya suami makcik dimarah dan bukan penyanyi. Dia tidak bersalah,” kata seorang netizen.

“Pukul suami kamu yang tak sedar diri. Kalau ada penyanyi seksi jangan biarkan kanak-kanak menontonnya,” komen netizen lain.

 Isteri mengamuk pukul suami, penyanyi dangdut berjoget atas pentas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*