Rafizi : Tiada apa nak pertikai, ‘vending machine’ pun dipersalahkan

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membidas portal pro pemimpin PKR yang melompat parti, kononnya inisiatif membantu miskin tegar dan B40 melalui penjualan makanan di mesin layan diri (vending machine) menimbulkan masalah.

Rafizi berkata, berdasarkan ‘review’ bebas yang dilakukan netizen di laman YouTube, dia melihat bahawa sebenarnya tiada masalah yang timbul.

“Orang ramai boleh nilai sendiri. Tak ada masalah pun, cuma bila tak boleh nak pertikai, dia salahkan mesin,” sindir Rafizi.

Rafizi : Tiada apa nak pertikai, ‘vending machine’ pun dipersalahkan

“Jangan marah saya kalau masa mereka jadi kerajaan dulu tidak terfikir untuk laksana (Menu Rahmah melalui mesin vending),” katanya lagi.

Paling kurang kata Rafizi, semua pihak sepatutnya bergembira untuk keluarga miskin yang mendapat peluang menjana pendapatan dengan kaedah begini.

“Yang dah kaya tak nak beli itu hak kamu lah, tapi saya kena cari jalan bantu yang susah,” tambahnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Setakat ini katanya, pendapatan harian sepanjang seminggu menunjukkan kaedah tersebut boleh menjana untung bersih RM2,500 sebulan kepada peniaga.

Tanpa kaedah itu ujarnya, ramai suri rumah atau keluarga miskin tidak ada peluang berniaga kerana kos sewa kedai atau operasi gerai perlu ditanggung. Kemudian perlu pula mencari tempat dan dapatkan lesen.

“Jika lebih ramai peniaga dan pembeli bertukar kepada mesin vending untuk menjual makanan siap, ia akan mempercepatkan pertumbuhan industri mesin vending yang akan menyediakan peluang pekerjaan baru kepada anak muda berkelulusan teknikal dan kejuruteraan,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*