Wanita sarat mengandung terduduk tahan sakit kejar peragut – ‘Akak pun tak sedar yang akak tengah mengandung waktu kejar dia’

SEORANG wanita terpaksa menahan kesakitan selepas mengejar seorang peragut dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Lebih parah apabila mangsa sedang sarat hamil ketika kejadian itu.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook mangsa, Aishah Zakaria, kejadian berlaku ketika dia berada di dalam tandas pusat beli-belah tersebut.

“Saya mangsa kejadian ragut di dalam tandas perempuan.

“Allahuakhbar, masih dalam ketakutan dan terkejut yang teramat sangat sebab seumur hidup tak pernah alami, memang trauma lepas ni nak pergi tandas seorang,” tulisnya.

Menurutnya, suspek lelaki itu berjaya ditangkap oleh orang awam dan sudah dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, melalui perkongsian warga Facebook Modernecks, mangsa langsung tidak menyedari keadaan dirinya ketika sesi mengejar itu.

“Mangsa perempuan mengandung kata, ‘akak pun tak sedar yang akak tengah mengandung waktu kejar dia ni tadi’.

“Ujarnya sambil duduk ditepi dalam kesakitan,” katanya.

Mangsa bagaimanapun dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*