“Poyo betul laa dia ni…” Ramai bengang individu warga asing sengaja mahu lompat mengejut ke arah jalan.
Majoriti pengguna jalan raya pada hari ini khususnya yang membawa kenderaan telah mula memasang kamera dashcam sebagai langkah keselamatan
Malah penggunaan ini juga disifatkan penting memandangkan kadang kala terdapat kejadian penipuan atau scam yang cuba memerangkap pengguna jalan raya gara-gara ingin mendapatkan wang dengan cara singkat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di platform X yang memaparkan seorang pemandu yang hampir ditipu dengan seorang pejalan kaki.
Menerusi video tersebut, awalnya pemandu itu sedang memandu ketika lampu isyarat masih lagi hijau di laluan kiri.
Tidak lama kemudian, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan kaki di tepi jalan berdekatan lampu isyarat.
Tiba-tiba individu tersebut mahu melompat ke arah kereta berkenaan
Turut baca :
- Padah terima rasuah seludup warga asing, 3 pegawai imigresen dicekup SPRM
- “Barang sekolah belum beli, nak pinjam takut tak mampu bayar…” Buntu gaji RM1,000 nak tampung sekolah tiga anak
- Ye sis, termasuk lah kita! Ramai ‘panik’ tidak ingat kata laluan Facebook, Instagram
Sebaik sahaja kereta pemandu tersebut menghampiri pejalan kaki itu, dia secara tiba-tiba membuat aksi seperti ingin melompat ke arah kereta berkenaan.
Namun, sebaik melepasi pejalan kaki itu, kedengaran bunyi seperti berlakunya pelanggaran dan pemandu secara tiba-tiba menyebut ‘Allahuakbar’.
Dia kemudian dilihat berhenti sebelum video berakhir.
Dalam hantaran itu mendakwa kejadian seperti itu kebiasaanya berlaku di negara China namun, ia kini dilihat sudah berada di negara ini.
Selalu tengok macam ni dekat Mainland China, sekarang dah ada kat Malaysia.
Apa kerajaan Malaysia Madani buat isu lambakan PATI China, India, Pakistan, Rohingya, Syria, Arab etc overstayed di Malaysia? pic.twitter.com/0Zojusjc8Z
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 4, 2024
Leave a Reply