“Barang sekolah belum beli, nak pinjam takut tak mampu bayar…” Buntu gaji RM1,000 nak tampung sekolah tiga anak

Seorang bapa kini dalam dilema mengenangkan gajinya pada bulan ini hanya sekitar RM1,000 sahaja untuk dijadikan modal membayar yuran persekolahan tiga orang anaknya.

Menerusi luahan Norsyahnizam Samad di Facebook baru-baru ini, dia pernah meminta bantuan daripada beberapa pihak, namun masih belum dibantu.

“Saya kerja estet (pekerja ladang) gaji RM1,000 sahaja bulan ini, yuran sekolah anak tiga orang dah RM870 termasuk sorang yang baru nak masuk darjah satu.

“Saya dah jumpa pihak masjid, jawatankuasa kampung, pihak yang berkenaan tapi tak ada yang boleh bantu,” katanya.

Menurut Norsyahnizam, segala barang keperluan sekolah anak-anaknya juga belum dibeli disebabkan masalah kewangan meskipun sesi persekolahan baharu akan bermula 11 Mac ini.

Katanya, dia takut untuk meminjam dengan kenalan mahupun saudara-mara kerana risau jika tidak mampu membayar semula.

“Barang sekolah belum beli, nak pinjam takut tak mampu bayar, kalau ada idea atau cara penyelesaian, saya alu-alukan. Terima kasih,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*