Ye sis, termasuk lah kita! Ramai ‘panik’ tidak ingat kata laluan Facebook, Instagram

Ramai ke panik malam tadi sebab ‘password’ (kata laluan) Facebook tak ingat? Termasuk saya.”

Itu antara perkongsian salah seorang pengguna media sosial Facebook yang ‘panik’ apabila tidak mengingati kata laluan akaun tersebut susulan ia mengalami gangguan, malam tadi.

Hantarannya itu mendapat perhatian pengguna lain yang rata-rata berkongsi perasaan yang sama ketika berdepan dengan situasi berkenaan.

“Ye sis, termasuk lah kita. Berdebar, nasib baik bangun pagi elok ja,” kata Fahilah Nawawi.

“Saya pun sama tak ingat kata laluan,” kongsi Suraiya Ahmad.

“Ingatkan saya seorang yang kena. Malas nak layan tidur dulu sebab tak ingat kata laluan,” ujar Benjie Afiq.

Laman sosial Facebook dan Instagram mengalami gangguan menyebabkan para pengguna gagal mengakses ke kedua-dua platform berkenaan.

Menerusi tinjauan di aplikasi X, tanda pagar (hashtag) #facebookdown dan #instagramdown menjadi ‘trending’ hingga masing-masing mencatatkan lebih 39,300 dan 16,800 ciapan daripada pengguna yang terkesan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*