Polis buru suspek conteng tulisan hina nabi di tembok masjid

Polis memburu suspek yang menconteng tembok Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, dengan tulisan menghina nabi.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata tiada tangkapan setakat ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Harian Metro.

Kejadian itu dipercayai berlaku Selasa lalu. Difahamkan, seorang pengawal keselamatan sebuah bangunan berhampiran ternampak seorang lelaki menconteng dengan tulisan menghina nabi di tembok masjid itu menggunakan cat merah.

Pihak pengurusan masjid yang enggan mengulas kejadian itu menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

Jemaah masjid, Mohd Hashim Ali, 53, yang menyifatkan tindakan individu terbabit kurang ajar dan keterlaluan berkata, insiden itu pertama kali berlaku di masjid terbabit.

Katanya, beliau mendapat tahu pengawal keselamatan itu sempat menegur suspek, yang kemudian bergegas meninggalkan tempat kejadian.

Menurutnya, penduduk setempat terkejut dengan insiden itu dan mahu suspek ditahan segera.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*