PM Anwar terus jadi tokoh pilihan rakyat

‘Mood’ serta sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mentadbir negara ini amat positif.

Lebih dua pertiga iaitu sebanyak 68 peratus rakyat memberikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim penarafan positif dalam tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Center.

Kajian ini menunjukkan sokongan 73 peratus masyarakat Cina, 91 peratus etnik India, kira-kira 70 peratus bumiputera di Sabah dan Sarawak, dan 60 peratus lagi kaum Melayu.

Tinjauan yang membabitkan 1,209 responden juga menyaksikan 54 peratus berpuas hati dengan prestasi baharu Kerajaan Persekutuan, manakala hanya 25 peratus berkata mereka tidak berpuas hati.

Sebanyak 83 peratus responden berkata mereka menerima keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pada masa yang sama , dapatan Jabatan Perangkaan terhadap tahap peningkatan inflasi juga berkurangan kepada 3.4 peratus dan membuktikkan ikhtiar kerajaan berjaya kawal peningkatan harga barang.

Secara umumnya, rakyat sangat selesa dengan falsafah pentadbiran yang berprinsipkan kepada konsep madani. Hal ini disebabkan, sebelum ini tidak kira dari segi siasatan kes rasuah mahupun tangkapan bayaran cukai hanya orang bawahan sahaja yang terlibat. Dalam pentadbiran madani yang berprinsipkan keadilan dimana orang berkuasa dan tertinggi dalam stuktur masyarakat juga dilibatkan.

Dalam pada itu, tiada lagi tokoh lain yang memiliki aura, karisma dan ketokohan yang sama dengan Anwar Ibrahim pada masa ini. Hal ini disebabkan, Tun Mahathir dan Hadi Awang sudah jauh terlalu tua dalam episod politik Malaysia dan Muhyiddin pula kini berhadapan dengan kes rasuah. Najib pula masih dalam penjara dan tiada tokoh lain yang sebaris dengan Anwar untuk menerajui Malaysia.

Perdana Menteri Anwar bukan sahaja mendapat sokongan daripada rakyat malahan turut disokong oleh Institusi Beraja negara kita yang berpaksikan kepada Raja Berlembagaan. Oleh sebab itu , ada juga yang berpendapat Kerajaan Perpaduan juga adalah Kerajaan YDPA.

Natijahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim Terus Menjadi Tokoh Pilihan Rakyat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*