PM Anwar : Kerajaan kurangkan elaun pembangunan ahli Parlimen

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Beliau berkata, pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Elaun tersebut merupakan peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen, selaras dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta Pegawai Pembangunan Negeri.

“Tapi oleh kerana keadaan ekonomi, jadi saya ingat biarlah kita buat secara berperingkat, dana untuk Ahli Parlimen yang terlibat…ini memberikan contoh awal…maknanya kalau Ahli Parlimen sanggup kurangkan (elaun) walaupun ia bukan sumbangan peribadi, tetapi ia sumbangan pembangunan yang diselaraskan Ahli Parlimen dan Pejabat Daerah dan Tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas singgah menjamu selera di Kedai Makanan dan Minuman Salleh Abdullah di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi peruntukan tambahan sekiranya terdapat keperluan mendesak di kawasan Parlimen.

“Ia misalnya untuk membaik pulih infrastruktur seperti masalah surau dan jalan rosak,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen tahun ini telah dikurangkan lebih 65 peratus iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*