Pilu !!! Wanita jual gelang emas, tampung urus jenazah atuk cecah RM5,000

Pilu !!! Wanita jual gelang emas, tampung urus jenazah atuk cecah RM5,000.

Sayu hati mengenangkan kisah seorang wanita, Ayuni Ahmad yang terpaksa menjual gelang emasnya dek kerana kos pengurusan jenazah arwah datuk yang mencecah RM5,000.

Peristiwa yang berlaku pada tahun lepas itu difahamkan arwah datuk Ayuni meninggal dunia disebabkan Covid-19.

Tambah Ayuni, kos keseluruhan pengurusan jenazah lebih dari RM5,000. Ketika itu tiada yang terlintas di kepalanya selain menjual emas yang ada di tangan.

“Kos sangat tinggi. Masa tu dalam kepala saya takfikir apa dah. Nak cari duit kat mana? Saya ingat ada gelang at tangan masa tu, jadi terpaksa jual dan dapatlah RM3,400.”

“Kos penghantaran jenazah atuk RM2,800, naik van untuk hantar ke kampung (190km), urus jenazah RM1,200, pengebumian RM1,300 dan tahlil, RM300.”

Ayuni turut bercerita mujur ahli keluarga terdekat ada membantu untuk menggenapkan kos keseluruhan jenazah sebanyak RM5,000.

“Lepas urusan selesai, dalam seminggu saya pulang semula wang keluarga yang dipinjamkan kepada saya.”

Situasi yang dihadapi Ayuni disifatkan tidak relevan dan terlampau mahal, ujar sukarelawan logistik, NGO VCEE Malaysia, Muhamad Lutfi Hakimi Abdullah.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*