Perarakan Pemuda bersama replika senjata disifatkan mempamerkan sisi ‘ganas’ parti PAS

Perarakan sekumpulan Pemuda Pas bersama replika senjata ketika Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 yang berlangsung pada 17 dan 18 Februari di Setiu mencetuskan pelbagai polemik di media sosial.

Satu hantaran di media sosial Facebook pagi Ahad mempertikaikan tindakan itu yang disifatkan mempamerkan sisi ‘ganas’ parti tersebut.

Status tersebut mempersoalkan tindakan kumpulan itu memakai kostum dan membawa replika senjata kerana katanya Islam tidak berkembang ke seluruh pelosok dunia melalui peperangan.

Difahamkan, perarakan itu merupakan antara pengisian sepanjang progran Himpit 2023 yang berlangsung selama dua hari di Setiu.

Setiap kontinjen Pemuda Pas dari lapan daerah mempamerkan kreativiti masing-masing dalam merebut juara bagi kategori perarakan.

Difahamkan perarakan kontijen Marang itu turut membawa bersama replika pedang gergasi dan konvoi bermotosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya sedang menyiasat isu itu yang kini tular di media sosial.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*