Pecah rumah: Bekas pemain Liga Super, dua rakan mengaku tak bersalah

Seorang bekas pemain bola sepak Liga Super mengakui tidak bersalah di Mahkamah Majistret, atas tiga pertuduhan terlibat dalam jenayah pecah masuk rumah dan menyimpan harta curi antara Jun dan bulan ini.

Tertuduh, Mohd. Azinee Taib, 33, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Nur Azzuin Abdul Moati.

Seorang bekas pemain bola sepak Liga Super mengakui tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tiga pertuduhan terlibat dalam jenayah pecah masuk rumah dan menyimpan harta curi antara Jun dan bulan ini.

Tertuduh, Mohd. Azinee Taib, 33, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Nur Azzuin Abdul Moati.

Dia didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurezzati Zaini, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu, Majistret Nur Azzuin membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan diarahkan melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga selesai kes.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Media pada 10 Julai lalu melaporkan Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib mengesahkan seorang bekas pemain bola sepak tanah air dan dua lagi rakannya direman tujuh hari kerana disyaki terlibat dalam jenayah di Benut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*