Parah !!! Lelaki perkosa sepupu berusia 7 tahun, ini punca sebab berlaku

Parah !!! Lelaki perkosa sepupu berusia 7 tahun, ini punca sebab berlaku.

Seorang lelaki Malaysia mengaku salah di mahkamah di Singapura atas tuduhan mencabul sepupunya berusia tujuh tahun selepas menonton hentai iaitu sejenis anime Jepun berunsur seksual.

Parah !!! Lelaki perkosa sepupu berusia 7 tahun, ini punca sebab berlaku
Mahkamah menetapkan 5 Julai ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Tertuduh yang kini berusia 20 tahun mengakui ketagih menonton video dan manga seperti itu.

Turut baca

Mahkamah diberitahu, tertuduh yang namanya dirahsiakan bagi melindungi identiti mangsa, mempunyai hubungan rapat dengan kanak-kanak perempuan itu yang menggelarnya “abang”.

Dia mengaku salah mencabul mangsa yang kini berusia sembilan tahun dengan meraba seluar mangsa di bahagian kemaluan.

Tertuduh turut mengaku mencabul mangsa dua kali antara 16 Mac hingga 27 Jun 2020. Dua tuduhan ini akan diambil kira ketika Hakim Kessler Soh menjatuhkan hukuman pada 5 Julai.

Mahkamah diberitahu, tertuduh berpindah ke Singapura dari Malaysia pada 16 Mac 2020, untuk tinggal bersama mangsa dan ibunya.

Pada 27 Jun 2020, ibu mangsa melihat anaknya duduk di pangku tertuduh sambil menonton sesuatu menggunakan tablet.

“Si ibu mengesyaki sesuatu tidak kena kerana mereka seolah-olah berselindung daripadanya, lalu menyoal tertuduh,” kata Timbalan Pendakwa Raya Sheldon Lim yang menambah wanita itu terus membuat laporan polis sebaik tertuduh mengaku mencabul anaknya.

Tertuduh mengaku kepada polis bahawa dia rasa bersalah mencabul mangsa tetapi tidak dapat menahan perbuatannya disebabkan ketagihan terhadap hentai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*