Panas!!! Dewan Rakyat kecoh usul bahas tuntutan waris kesultanan Sulu ditolak

Persidangan Dewan rakyat sesi pagi pada Isnin kecoh susulan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menolak usul yang dikemukan Isnaraissah Munirah Majilis@ Fakharudy (Warisan-Kota Belud) untuk membahaskan isu tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Kekecohan bermula apabila Isnaraissah Munirah bangkit mempersoal keputusan Azhar Azizan yang tidak meluluskan usul kali ketiga yang dibawanya.

Isnaraissah Munirah

“Saya cukup hairan (dan) mahu tanya kerajaan Persekutuan sampai tahap apa yang bahas ini dibolehkan? Dibahaskan dalam dewan ini? Ini soal kedaulatan negara, bukan soal remeh-temeh.

“Saya mohon semua ahli-ahli Parlimen Sabah dan juga yang lain untuk berdiri memohon supaya usul ini dibincangkan, dibahaskan dalam dewan ini,” katanya.

Situasi bertambah panas apabila blok ahli Parlimen pembangkang bangkit menyokong tindakan Isnaraissah Munirah yang mempersoal keputusan tersebut.

Keadaan bertukar kecoh selepas Azhar Azizan enggan melayan tindakan Ahli Parlimen Kota Belud itu yang terus mendesak supaya usul itu diluluskan untuk dibahaskan.

Selepas beberapa ketika, tempat Azhar Azizan kemudiannya ditukar dengan timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon, namun keadaan terus kecoh.

Tanpa membiarkan kekecohan terus berlanjutan, Mohd Rashid campur tangan dengan meminta agar semua ahli Parlimen supaya bertenang.

Bagaimanapun, arahan yang dikeluarkannya itu tidak diendahkan, sehingga memaksa beliau mengarahkan Isnaraissah Munirah keluar dewan dan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*