{VIDEO} Penunggang motosikal melambung tinggi selepas dirempuh sebuah kereta

SEORANG penunggang motosikal yang melambung tinggi selepas dirempuh sebuah kereta, maut dalam kejadian di Jalan Muar-Parit Sulong di Batu Pahat, Johor.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian kira-kira pukul 7 pagi Selasa itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta berkenaan cuba memotong kenderaan lain.

“Kereta itu dari arah Muar menghala ke Parit Sulong cuba memotong kenderaan lain, dan penunggang motosikal dari arah bertentangan..

“Pemandu itu bagaimanapun gagal memotong sebelum bertembung motosikal ditunggang mangsa,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 58 tahun mengalami cedera parah di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu berusia 24 tahun hanya cedera ringan di kepala dan kaki. Ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular rakaman kamera pemuka (dashcam) memaparkan nahas berlaku menyebabkan penunggang motosikal melambung tinggi, manakala kereta terbabas dan terjunam ke dalam parit.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*